Jumaat, 28 Januari 2011

PTPTN - Korang peminjam ingkar yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara??

Dicatat oleh nurulazham di 12:24 PG
 
Baru je kejap tadi ibu bukak Facebook, terbaca status Kak Ayu pasal benda ni...pastu Cat pulak tanya 'cek kat mana'..terus Kak Ayu reply komen tu siap dengan link PTPTN sekali...apelagi, terus cek...
dah keputusannya....


Pheeewww...
selamat...
terus jerit kat ayah...

"Yeay, nama nurul tak blacklist utk gi oversea!!...jomm.....!!!"

Ayah besarkan bijik mata sambil jawab....

"Jommmm........"

Sebelum ni pernah cakap kat ayah, nak sangat pegi Universal Studio, Singapore...ayah kata...

"Bayar PTPTN RM 2000, belanja RM 3000....tak berbaloi pulak....."

Haa...sekarang dah tau tak blacklisted pun...ape cer, bang....??hehehee~


Check korang punya pulak, cepatttt!!!....


3 ulasan on "PTPTN - Korang peminjam ingkar yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara??"

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) on 28 Januari 2011 8:24 PG berkata...

sejak dari mula keja terus buat potongan gaji.. kalau tak buat dari awal sampai sudahle tak buat nanti hehe

cik awa berkata...

wah...best..jom..ramai2 pakat pi wat passport..go to singapore...hehehehehe

redzuan on 4 Jun 2011 11:50 PTG berkata...

kita hanya diberikan pinjaman, bila habis belajar kerja takde.. ada pun gaji taraf lepasan SPM Rm700 sebulan..

bila dapat gaji rm700-11% kwsp=RM623-Rm7 Perkeso..Tinggal Rm616
Rm616- Rumah Rm300= RM316- Rm200 Makan = rm116..
RM116 tu nak wat pe?
Topup rm30 sebulan? minyak motor rm50? repair motor rm36? tak cukup untuk terus hidup pun. simpan pun tak sempat usahkan nak bayar PTPTN Rm116 sebulan... tu pun kalau murah, kalau phd mau rm500 kot..

huhu..

Kolej, institut, university dll makin banyak kat malaysia ni.. maknanya makin banyak lepasan Diploma, ijazah, phd dll. tapi masalah paling besar keje yang setaraf dengan kelulusan..

kurang2 lepas belajar gaji start rm1200 pun dah boleh bayar PTPTN, tp haram... nak keje dengan melayu gaji murah rm500-900, keje dengan cina suruh buat jualan langsung konon2 rm1500-5000..tp bila tak sampai target gaji pun tak dapt, tipu orang je.

Senang macam nih la, kerajaan stop semua pinjaman PTPTN kepada semua bakal pelajar yg asal orang miskin. Bagi yang kaya jer belajar sebab diaorang boleh bayar cash je yuran belajar.jadi secara tidak langsung tiada lagi yang blacklist ptptn lagi.

biarkan yg miskin dan tak mampu belajar tu kerja dari bawah, 3 tahun kerja sama jer dengan masa study kat kolej. keje lama gaji akan naik..

KALAU ADA MENTERI KE BACA KOMEN SAYA NI BOLEHLAH PERTIMBANGKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA SEBAB SEKARANG NI 70% ORANG2 MISKIN YG LEPASAN DIPLOMA KEATAS MUFLIS DAN DISENARAI HITAM. ESOK DAH TUA NAK PERGI HAJI TAK BOLEH LAGI HARU. KERAJAAN JUGA YANG MALU DENGAN ARAB SAUDI BILA DITANYA KENAPA JEMAAH HAJI MALAYSIA KURANG SELEPAS 10 TAHUN LAGI? MENTERI JAWAB SEBAB ORANG MALAYSIA BLACKLIST IMEGRESEN SBB TAK BAYAR PTPTN, KENAPA? SBB MALAYSIA JUST BAGI RAKYAT BELAJAR TAPI KERJA TAK BAGI..PIKIR2 KAN..

SEKIAN DARI SAYA YG BLACKLIST
REDZUAN
redzuan29@yahoo.com.my

 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez