Isnin, 3 Januari 2011

Fresh From Oven!

Dicatat oleh nurulazham di 4:42 PTG
Cheh! konon konon nak buat entry pasal INI , tapi buat entry lain pulak...
yela..ini adalah peristiwa yang berlaku hari ini..harus update yang ini dulu, kan..hehe...
alhamdulilah..Deqna memulakan sesi persekolahannya pada tahun ini di usia 4 tahun. Beriya iya sangat nak sekolah! dari tahun lepas lagi dok mengidam nak sekolah sama sama dengan kakak dia..sabo ajelah~

Jadinya, impian dia hari ini tercapai sudah..kalau tengok pada gambar gambar kat bawah ni...nampak muka Deqna lagi excited berbanding muka Fifi..hehehe...risau jugak takut takut dia nangis ke hapa..tapi, sampai ke saat ini (jam 4.42pm), belum ada panggilan dari cikgu dia, means everything are fine out there! fuhhh...tak sabar nak dengar dia bercerita balik sekolah nanti...


Bila dua dua anak dah sekolah, rasa boring pulak duduk rumah ni..senyap sepi...walaupun ada si kecik Sara, belum becok sangat nak bercakap...kalau kita tanya, dia jawab..kita tak tanya, dia diam jelah..huhuhu...masa ada Deqna kat rumah, riuh rendah macam ada anak 8! memang budak tak reti diam si Deqna tuh..ada jek benda yang dia nak buat..pasang VCD, tengok kartun, barney, barbie, hindustan!ekekek...lagi satu, kalau tengok Astro, kalau singgah kat Channel 108, mintak ampunlah nak tengok channel lain...stuck di situ, hoccay!

Meh layan dua orang puteri saya ni bersekolah...(sesuka hati tak buat uniform, kan?)..kain pun belum beli lagi...nak menempah lagi tu! )





Posing sebelum pegi sekolah...





 Dah sampai sekolah..Fifi malu malu... " Tak nak lah ibu..."




 Bukak kasut kat luar..


 Deqna tengok ada budak menangis...hehehee


 Ceria!


 Jom main !!!



Eh..dah kul 4.40..nak gerak ambil dua orang puteri ni..malam nanti sambung lagi ye..itupun kalau mood datang lagi!  : P


5 ulasan on "Fresh From Oven!"

Izan Ishak on 3 Januari 2011 pada 5:17 PTG berkata...

sonoknya tgk dekna pi skolah ye nurul. tadika kat mana ni?

nurulazham on 3 Januari 2011 pada 6:17 PTG berkata...

@ Kak Izan
sekolah kat TBK perpaduan kak..dari tahun lepas merengek2 nak ikot kakak dia..kira habis hati dah tu dpt pegi sekolah hari ni..hehee

BIONIC WOMEN on 3 Januari 2011 pada 7:06 PTG berkata...

wahh..deqna dah g sekolah...
dhiya tahun depan baru nak antar sekolah...bagusnya deqna x nangis langsung..xcited sangat

nurulazham on 3 Januari 2011 pada 10:13 PTG berkata...

@ Eily
tulah pasal..dia seronok gi sekolah.. ;)
tahun depan giliran Dhiya lak ye..!

CatlinaFly on 5 Januari 2011 pada 8:48 PG berkata...

wah deqna nampak seronok pi sekolah :)

 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez