Isnin, 22 Februari 2010

Ujian Pap Smear

Dicatat oleh nurulazham di 11:00 PTG

 Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.


Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.
Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
5. Perokok 6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.


Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan? 

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik. Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan? Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

** Saya belum menjalani ujian ini..sangat takot..malus pon ader...ekekekekkkkk...tapi nak kene buat jugakla....sesape yg dah buat, sila angkat keyboard memasing!!!kongsikan pengalaman anda dgn saye... ^_^


3 ulasan on "Ujian Pap Smear"

JUE on 23 Februari 2010 pada 8:26 PG berkata...

Ish...igtkan dh wat pap smear dh....hehe.

Jue x penah wat...tapi last year dh pakai IUCD. Guna speculum gak utk masukkan alat tu(speculum ni yg mcm muncung itik tu kot..)~ rase mcm nk bersalin gak coz kena kang**** dpn doktor! sib baik doc pompuan...tapi bila disuruh gi check up the next month n wat pap, x pegi pun! maluuuuuu...

RF D HOUSE on 23 Februari 2010 pada 8:58 PG berkata...

aku pon blom pegi buat...
tiap kali bawa rania g cucuk ingat nak buat...
tp time tu la period... (ceh..alasan)
munah dah buat...
die ckap tak de la sakit sgt...

nurulazham on 23 Februari 2010 pada 11:04 PG berkata...

jue: malu ek..lagi kalo nak wat kat klinik k'jaan..kalo wat kat klinik k'jeen, free..

lynda:mcm seriau jek dengonye, kan??pdhal ramai ckp x brp sakit..tu yg banyak alasan tuh..cheh!!

 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez