Rabu, 10 Februari 2010

Aktiviti Petang Semalam

Dicatat oleh nurulazham di 9:51 PG
Semalam petang cuaca agak redup berbanding dengan hari-hari sebelumnya. Deqna dgn Fifi tengan main basikal kat luar rumah..bila Cik Awa balik je, terus dia ajak..'gi dataran jom..!!'..apa lagi, budak-budak ni pun dengan pantasnya menjawab, 'jom!!!!!'..Lepas kami solat, terus sumbat 2 bijik basikal diorang n 'kereta' Sara dalam boot kereta..jomla layan pic diorang...

Seronok tengok diorang puas keliling dataran naik basikal...kalau nak harapkan halaman rumah yang sekangkang kera dan agak bahaya tu, memang naik basikan dalam pagar rumah aje la...tapi, baru beberapa minit, Fifi ajak balik pulak..'hausla bu...nak air sirap...'...adehhhh....mujur warung nenek mereka dekat dengan dataran..lepas minum2, terus balik rumah....

Pernah dengar lagu 'Bulat kecil-bulat kecil..bulatla besar....'? Deqna suka betul lukis tu...seingat saya, seawal umur dia setahun lebih dia dah mula berjinak2 dengan pen dan kertas..pantang nampak, mesti dia lukis 'beruang' tu..

ini antara hasil kerja tangan Deqna..

Ini cuma sebahagian sahaja..tak termasuk lukisan2 'mural' dia, okehhhh....kalau Fifi, tak pernah dia nak conteng dinding, tapi bila Deqna dah mahir dengan pennya, habis dinding rumah dilukisnya bulat kecil-bulat kecil ni...lagunya macam ni...

"bulat kecil, bulat kecil..
bulatla besar...
sayang ayah, sayang ibu..
pergi sekolah..
6x6, 36..
6x6, anak beruang..."

2 ulasan on "Aktiviti Petang Semalam"

CatlinaFly on 10 Februari 2010 3:02 PTG berkata...

salam, nurul cek email ye, logo dah siap..lagi satu comellah topi sara tu, berkenan lak hehe

NURUL on 10 Februari 2010 6:43 PTG berkata...

comel kan topi sara?? beli kat blogshop..nurul da email mai..

 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez