Jumaat, 5 Mac 2010

Minyak naik 1 Mei, umum Mac 2010

Dicatat oleh nurulazham di 10:17 PG

Dari laman web paultan.org :


- Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.

- Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.

- Sistem ini diuruskan oleh Maybank

- Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April

- Hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin

- Enjin 2000 cc ke atas tiada subsidi

- Kereta syarikat tiada subsidi

- Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.

- Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.

- Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.



Sumber : http://paultan. org/2010/ 02/22/details- on-may-1st- new-fuel- subsidy-system- to-be-revealed- in-march- 2010/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

APA YANG PENGGUNA HARUS LAKUKAN ?


Cadangan :

- Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.

- Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama urusakan tukar nama segera untuk dapatkan subsidi.

- Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.

- Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan peribadi.

- Pastikan cip Mykad berfungsi.

- Beri kesedaran kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan mengenai mekanisma baru ini agar mereka membuat persediaan awal untuk menghadapi kenaikan harga petrol dan mekanisma baru penjualan petrol.



naik lagi!!dah lama dah tau pasal minyak nak naik ni..tu pun akak yang bgtau..sbb dia kerja dengan cina..biasanya bab bab nih memang diorang akan tau dulu coz mereka kebanyakkannya dari golongan PENIAGA...


2 ulasan on "Minyak naik 1 Mei, umum Mac 2010"

AirielKayz on 5 Mac 2010 pada 10:40 PG berkata...

Yeah... "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

1Nama, 1Kenderaan, 1Subsidi, 1Malaysia.

Inilah semangat 1Malaysia yang kita mahukan. Terima kasih kerajaan.

nurulazham on 5 Mac 2010 pada 10:48 PG berkata...

Yaey!!
1Malaysia!!

 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez