Alhamdulialh, hari ni demam dah beransur pulih walaupun hingus masih lagi tak moh kering.hoh.kalau dah selsema ni memang makan seminggu biasanya..sebab apa lambat nak baik?sebab saya ni memang suka melantak ais je kojenye..walaupun batuk tengah teruk!huhu..tak tahulah kenapa, tapi bila dapat ais tu rasa legaaaaa...je! Kecuali dalam pantang la..memang kena marah dengan mak la jawabnya kalau cuba curik curik ais..heheh..(kena marah mak tak takot dah sekarang..kalau en.hubby marah, memang terus tak buat..)
En.hubby pulak sebelum subuh tadi selamat sampai ke Yong Peng, setelah lebih 6jam perjalanan dari Taiping, balik atas urusan jual beli kebun. Alhamdulilah, geran dah ada pada en.hubby..lepas ni bolehla menyawit..haha..jauh tu..nak berulang Johor-Perak.En.hubby balik ke Taiping malam Khamis tempohari, balik ke sini bertolak jam 11pm, sampai Yong Peng dalam kira kira jam 5.20am..(en.hubby balik naik bas je..),sampai je, en.hubby call, n suruh amik dia..sampai la ni belum saya belum tido semula..
Kenapa tak tidur??
Sebabnya, saya terus tunggu masuk waktu Subuh, then memang tak nak bagi tidur sebab Fifi ada sambutan Maulud kat TBK dia (karang terlajak perahu pulak tidurku..)..jam 7.30am gerak Fifi, memang agak susahla dia nak bangun, coz kebiasaannya memang bangun lambat pun Fifi ni..(biasa sekolah belah petang). Dah siap siap, en.hubby balik dari beli sarapan, sarapan dulu..pastu tepat jam 8am, terus hantar Fifi..
saya pun dengan bersemangatnya pakailah baju kurung bagai..rupenye..majlis start jam 9am, jam 8am tu untuk aktiviti peraduan mewarna, hafazan surah, menulis jawi..
Fifi cuma masuk peraduan mewarna je..maklumla, baru 5 tahun..baca Al-Fatihah pun belum berapa nak lancar..
Jam 9am en.hubby pulak pergi majlis tu..tengok tengok majlis belum mula lagi..en.hubby suh gerak Deqna n Sara, ajak kami bersama memeriahkan majlis..kami yang kat rumah ni pun bersiap, dah siap terus call en.hubby amik kami..sampai sampai je, dengarlah ucapan..tak lama lepas tu, acara penyampaian hadiah pulak..
dalam hati dok berkata ni..(menang ke tak anak ibu..)...
Dalam banyak banyak kategori, kategori mewarna bawah 5 tahun yang paling last sekali diumumkan..masa tengah announce kategori tu, dok pasang telinga besar2..
'Johan jatuh kepada....
Fitriah Ida Ratna binti Azizul Azham...'
wah!anak ibu menangla...en.hubby pon snap la pic Fifi menerima anugerah tu..macam menang anugerah Oscar pulak!heheh...we proud of you!!! sebelum tu tengok ada family ni anak anak dia kesemuanya perempuan..ada 5 semuanya! bijak2..semua diorang sapu! (5 tahun n 6 tahun umur mereka), saya tengok yang seorang lagi sedang berbaring beralaskan tikar...saya amati...oh..mereka mempunyai seorang anak kurang upaya..ya Allah...mereka juga tidak segan silu membawanya bersama untuk ke majlis tersebut...dia juga berhak untuk sama sama berkongsi kegembiraan bersama kakak kakaknya..saya sungguh terharu dan sedih melihat keadaanya...berlegar legar juga pertanyaan di benak kepala saya..adakah kecacatan itu sejak lahir?..atau dia pernah diserang sawan akibat demam panas??..tak tergamak pulak nak busy body bertanya..mungkin esok esok, saya boleh merisik risik pada cikgu Fifi..
Pandangan itu menginsafkan saya..saya bersyukur..kerana ketiga tiga anak saya dilahirkan sihat dan sempurna...(walaupun kesemuanya perempuan, jangan memandang dengan pandangan kekurangan pada kami..), pada saya lelaki atau perempuan kedua duanya sama sahaja..itu adalah amanah Nya yang perlu kami jaga....terfikir juga saya..hanya orang yang bertuah sahaja diuji olehNya untuk memiliki anak istimewa seperti itu..ya..keluarga itu sungguh bertuah! Pasti mereka dikalangan orang orang yang penyabar...saya melihat, ayahnya mengipas ngipaskannya...dikendung untuk beralih dari panas terik matahari..melihat lihat kakinya kalau kalau ada semut atau apa apa serangga..saya melihat, ibu bapanya dikalangan ibu bapa yang penyayang...Alhamdulilah......