Isnin, 31 Januari 2011

"Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"

Dicatat oleh nurulazham di 11:50 PTG 0 ulasan
 Syarat-syarat:
  1. Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya.
  2. Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.
  3. Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"
  4. Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.
  5. Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.
  6. Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat diorang yang diorang kena tag untuk join GA ni.
  7. Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.









Definisi cantik di mata saya:

Soalan ini ibarat menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu SPM Kertas 2 ya....
Ya, cantik bukanlah bererti mesti mempunyai susuk tubuh yang menawan lagi menggiurkan..juga bukan bererti perlu memiliki wajah yang cantik persis seorang puteri, bermekap tebal sepuloh inci, tapi cuba tengok bila lepas mandi, OMG! .. cukuplah cantik yang terletak pada hati seseorang tu...dan hanya yang bijak menilai sahaja yang mengetahui apakah erti kecantikan seseorang itu.. macam suami saya...dia saja yang tahu dimana terletaknya kecantikan saya...bukan pada zahir..malah batin yang dititik beratkan..(wowowowwoo.....bukan hubungan batin ye!) karang ada yang stim pulak!haha...batin itu bermaksud isi hati ye kawan kawan........tapi, Cik Puan Bunga, kalau dapat Skin Food yang besh tu, lagilah bertambah tambah cantik saya ni! dahlah sekarang jerawat sedang berseronok seronok di kulit muka saya...mungkin juga terlalu banyak bahan kimia yang berkumpul disitu..haihhh....



 Keluarga Si Cantik! :

 Pic Credit to : KGK




 Owh...disebabkan masa dah sangat suntuk,
saya letak saja nama 4 orang rakan saya ni, sebagai memenuhi syarat!





 *** Fuhh...siap! disebabkan hadiah yang ditawarkan sangat tak boleh tahannnn...saya siapkan jugak entry nih! kalau tak menang, belanja choki choki eh Cik Puan Bunga!



Jumaat, 28 Januari 2011

Tersentuh hati tatkala membacanya....Nur Iman, damailah kamu disana...Ashra, pasti ada yang lebih baik menunggumu dikemudiannya.....

Dicatat oleh nurulazham di 10:12 PG 2 ulasan
Ibu singgah di blog Dr. Faryn, entry yang dikarang berbaur kesedihan...dengan link yang diberi, ibu terus pergi ke blog Ashra, tika dan saat ini Ashra sedang menantikan hari kelahiran jasad yang sudah tidak bernyawa di dalam rahimnya..yang telah dikandungkannya selama 7 bulan....sedih.


Ibu petik kata katanya di entry ini...

Yang inginkan anak,masih belum rezeki.
Yang keguguran sekali dan berkali kali
Yang meninggal dalam kandungan anak pertama atau kedua atau berikutnya
Yang meninggal sejurus dilahirkan
Yang telah pun menjaga,membelai,menyusukan..
pergi jua mengadap Ilahi.
Dan ada yang diberi ketabahan memelihara anak2 istimewa..

Kita adalah sama kan...kerana kita lah wanita itu..yang menjadi anak,isteri dan ibu...
Apa jua bentuk dugaan itu adalah untuk menguji sejauh mana tanda syukur kita pada Allah terhadap apa dan siapa yang kita miliki sekarang...- sebagai HambaNya jua -


 Doa ibu untuk Ashra...

"Semoga segalanya dipermudahkan..biarpun detik kelahirannya nanti tanpa tangis si kecil, sunyi sepi..tapi percayalah, akan tiba kebahagiaan yang akan melenyapkan kesedihan dihari ini di kemudiannya nanti......"





PTPTN - Korang peminjam ingkar yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara??

Dicatat oleh nurulazham di 12:24 PG 3 ulasan
 
Baru je kejap tadi ibu bukak Facebook, terbaca status Kak Ayu pasal benda ni...pastu Cat pulak tanya 'cek kat mana'..terus Kak Ayu reply komen tu siap dengan link PTPTN sekali...apelagi, terus cek...
dah keputusannya....


Pheeewww...
selamat...
terus jerit kat ayah...

"Yeay, nama nurul tak blacklist utk gi oversea!!...jomm.....!!!"

Ayah besarkan bijik mata sambil jawab....

"Jommmm........"

Sebelum ni pernah cakap kat ayah, nak sangat pegi Universal Studio, Singapore...ayah kata...

"Bayar PTPTN RM 2000, belanja RM 3000....tak berbaloi pulak....."

Haa...sekarang dah tau tak blacklisted pun...ape cer, bang....??hehehee~


Check korang punya pulak, cepatttt!!!....


Khamis, 27 Januari 2011

Sandle baru Sara... (Nasib baik tak sampai kene samak..!)

Dicatat oleh nurulazham di 4:26 PTG 6 ulasan
Alkisahnya nak cari kasut baru Sara, coz yang ada semua dah tak muat..dari minggu lepas cuba cari kat Batu Pahat, tapi semuanya mengecewakan..yang ada saiz, tapi tak berkenan....yang dah berkenan pulak, saiz pulak tak ada...yang berkenan dan ada saiz pulak, cek bahagian dalam, material dari kulit "ba alif ba ya" pulak...


Memang banyak tau kasut kasut budak yang bahagian dalamnya dari material kulit babi..dah banyak kali terkena..that's why kalau nak membeli kasut, mesti belek sampai ke dalam kasut tu.. (make sure tak tersentuh bahagian dalam ye...)


So, minggu ni, dari hari Isnin dok merayau rayau cari kasut Sara, dari satu kedai ke satu kedai..sampailah tadi tengahari singgah jap kat kedai baby, akhirnya jumpa jugak...walaupun tak banyak choice, tapi puas hati dapat yang material bahagian dalam tu dari kain... erm..tahanlah pakai dalam 2-3 bulan nanti...nak beli mahal mahal pun rasa membazir pulak sebab kaki budak cepat membesar...finally jumpa jugak yang berkenan di hati...


 See..made in Malaysia tau! sokonglah barang buatan negara sendiri ye...
(Ayat penyedap sebab frust tak dapat beli kasut pujaan hati dek kerana cik bab!)
Eh, baju kanak kanak jenama GAP..Oshkosh..Little by Little..Just One Year, ape ape brand yang glamer lah.. pun Malaysia ada buat jugak tau...tak caya??tanya MZ...


Macamana nak tahu material kasut tu diperbuat dari kulit babi?? Normally dia akan buat pada bahagian dalam kasut ye..tak lepas jugak utk sandle wanita/lelaki, handbag, purse... Sebelum ni pernah ter-beli sandle ibu yang bermaterialkan kulit babi ni, ape lagi...sanggup pergi balik kedai tu, mintak tukar dengan yang lain...pastu tokey kedai tu siap bising bising kata tu bukan kulit babi...oppss...sori lah nyonya..lu ingat wa boloh ke?? Haiyaaa.......


So, kebanyakkan kasut kasut budak yang saya survey sejak seminggu ni, bercorakkan 3 bintik kecik yang sgt comel ini di bahagian dalamnya....secomel kasut kasutnye (semua kasut gegirl sgt2 comel weyhhhh...)..korang pernah ter-beli ke kasut yang ada corak comel ni??



 





 
Source : SINI ~ dari Google


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhykbg7aGS7O2AxqBsdQ21CSJHlmGIJoSXTwoEXp0cw-G_JElUHKSHaLnk90_iwtbvrh5nHeE6llGrTEMQpJyAoEZsgx6aF6ydQIz-tsd3RbgAzrWqrlcjpMGkhyphenhyphenj4ChQtD2uRVOWHo93c/s1600/16360664.jpg 
Kulit babi
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPRVohw3xeVc3fXBkRHhDmYh7Lo_kakz8E0GwEE23EIqOXLIpFwpQ05qsrwBROgiixcwYNRIwMxlZOeI2qDtXsOkpltaTqcfJFMaz4m5J3GI8xyt7MVifUOPMeSfE5svjwLpkiY4yF3sk/s1600/17201517.jpg
 Bukan kulit babi

Source : SINI


Lately, hari hari pun macam tak cukup masa untuk update blog..walaupun memang hari hari menjengah...yang jadi lemahnya, bila dah start membaca entry uols, asyik nak melompat dari satu blog ke satu blog je..tanpa disedari blog sendiri tak berupdate..hihihi~


Rabu, 26 Januari 2011

New Year Giveaway By KedaiGambarKami Part 1(27 Disember 2010 - 28 Jan 2011)

Dicatat oleh nurulazham di 10:50 PTG 1 ulasan


The Winners will get this :

Most creative and interesting entry
1 x Photobook {8 x 6 inches} 40 pages

Top refferer of KedaiGambarKami
1 x Photobook {8 x 6 inches} 20 pages

Submit Your Entry Before : 28 Jan 2011

Interested? Click HERE or BANNER to join! 


Jom tengok gambar2 photoshoot yang menarik di bawah ni!
Semuanya adalah hasil tangan dari team Kedai Gambar Kami






Suke sangat masuk web KGK ni sebab dapat tengok gambar gambar yang cantik cantik..samada dari segi pemandangannya mahupun cara pic itu di ambil! setiap kali KGK buat new entry, mesti terjah! kalau tak di KGK pun, saya skodeng melalui fanpage KGK di Facebook! Yang menariknya bila masuk web KGK, selain dari menjamu mata, didendangkan pula dengan lagu Sunrise by Norah Jones..sangat mengasyikkan dan kadang kadang terleka dibuai lagu tu..hehehee...tak caya? cuba masuk web KGK....

Kalau tengok dari gambar gambar kat atas tu, KGK menyediakan perkhidmatan photoshoot untuk pelbagai event..
boleh klik link kat bawah ni untuk setiap event :

animated smileyswedding 1

animated smileyslove & erotic 15
animated smileysfamily 4

selain dari tu web KGK juga lengkap dengan pakej mengikut kemampuan individu. Kalau nak tahu harga yang ditawarkan..berhubung terus je dengan ownernya yang peramah amat tu! :)




"It's more than meets the eyes!



 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez