Konon konon banyak entry nak buat, tapi mak dah ajak balik kampung kat Pontian pulak..menjenguk nenek yang sakit.. (sakit kaki aje .. ( : )..kemungkinan membuat entry2 tersebut ditengah malam ini..ngee~
daa...
Rabu, 29 Disember 2010
Rabu, 22 Disember 2010
GIVEAWAY yang PERTAMA : Balancing ! balancing ! balancing !
Crochet Coasters for Teapot and Mug
Ole2 dari Sarawak
(Alas meja 'Pua' , 'Anjat' manik , Uncang manik & Belt yang di perbuat dpd kayu)
Japanese Cotton Fat Quarters
(sorry quality gambar tak memuaskan : ( -ambil gambar waktu mlm)
(Made in Vietnam - Hand Embroidered - Silk Bag)
(Handicraft assoceries)
Banyak kan hadiah hadiah yang mungkin uols dapat??
jom join kat SINI!
Selasa, 21 Disember 2010
Eh, konfius lah...
Ceritanya berbunyi..
SMS between me n en.hubby . .
"Abg, nanti belikan anak anak Happy Meal, mintak toys Barbie"
" Ok"
(mentang mentang lah laki kau dah gaji, ye!)
ok, lah lagi kan..semalam nya punye request lagilah tak boleh tahan..
"Abg, jom makan pizza, perabih duit gaji bulan ni.."
..hahaa..en.hubby jawab..
"dibuatnya esok tak gaji, naya..."
eleh...orang memain jelah..awak mana minat fasfud fasfud nih
~ekekekee
ok, sambung balik..
sampai kat yong peng, tanya en.hubby..
"berapa semuanya tadi?"
en.hubby jawab berapa belas ringgit entah..untuk 2 set tu..
saya pelik, "eh..bukan 'sekian sekian' rega ke?"
"tak, sebab air tukar milo"
saya confuse......
"Happy Meal bukan memang dah air milo ke??"
"Tah, masa order tadi budak mc'd tu kata.. 'air coke ye, bang' , abg cakaplah tukar milo"
ha..nampak sangat kan saya jarang beli fastfood?
yang menjadi persoalannya sekarang, happy meal ni memang air dia soft drink ke? rasa rasanya sebelum nih macam milo??
ni semua gara gara nak dapatkan toys barbie tu lah..
haih..dah lah tertinggal minggu pertama..tak dapat mermaid yang kaler pink tu (KAYLA)..huhuu...
la ni tunggu nak dapatkan 'Celestial Crown' pulak...
dah start rasanya coz tengok Lyna dah pakai 'Celestial Crown' tuh.. ;)
Kalau yang perasan, Barbie in A Mermaid Tale ni baru jek keluar kat TV3 Sabtu lepas..
haaaa..sape ada anak gegurl, perasanlah kot....
kecenderungan ke arah Barbie, Princess nih semakin menjadi jadi sampai dah tak pandang VCD Barney dan VCD lagu kanak kanak... adehhhh.....
Isnin, 20 Disember 2010
December Holiday Giveaway!
Organize by : Diva Darling
Due Date : December 31st
The winners will be chosen by random.org and announce on January 1st.
Lucky winners will have 48 hours to respond to our email, or another winner will be chosen
You could win one of the three items you’ll sure to love!!
Limited Edition Estee Lauder Pure Lip Gloss Set
Limited Edition Bobbi Brown Crystal Eye Palette
Crabtree & Evelyn Lavender Duo Gift Set
Jumaat, 17 Disember 2010
Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!
~KLIK BANNER UTK JOIN~
Penganjur Kontest : Mama Kembar 3
Tarikh Tutup Kontest : 6 Januari 2011
Hadiah : Barangan Victoria's Secret dan Telekung Travel
Saya TAG : Midiaida, Lelord, Catlina
Khamis, 16 Disember 2010
Kontest Blog Terkemas
Jumaat, 3 Disember 2010
Jom potong kuku di hari Jumaat~
Haa..
harini Jumaat kan?
hari yang sunat potong kuku..ada juga hari hari yang makruh potong kuku ye kawan kawan..tengok sini..
SABTU : nescaya keluar dr tubuhnya ubat dan masuk penyakit.
AHAD : nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan.
ISNIN : nescaya keluar penyakit gila dan masuk sihat.
SELASA : nescaya keluar sihat dan masuk penyakit.
RABU : nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan.
KHAMIS : nescaya keluar penyakit dan masuk penawar.
JUMAAT : nescaya keluar dosa dan masuk pahala..
Jangan ada niat simpan kuku panjang
walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar
sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Peringatan:
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
|
**Eiiii..geli tak?
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Khamis, 2 Disember 2010
Stop Child Abuse
Sudahkah anada semua membaca entry saya sebelum ini? dengan tajuk yang sama.. Stop Child Abuse . Hari ini, saya kongsikan sebuah video. .difahamkan seorang pengasuh memandikan seorang budak. apalah salah baby ni, sehingga sanggup seorang dewasa yang mempunyai akal fikiran yang sempurna memperlakukan dia sedemikian rupa !!
Terus terang saya katakan yang saya tak sanggup nak tengok video ni lagi..i got this video from facebook, and i try find it at You Tube for sharing with you all.. Luckly i got it . . what's your comment?? Tontonan kali pertama dah cukup menyesakkan dada ni..dan seharian bila teringatkan baby ni, rasa sebak sangat sangat! Kenapa masih ada lagi manusia yang berfikiran seperti binatang memperlakukan budak yang naif ini??
Do you willing to see it again??
this is the one acts of child abuse i would never want to see to happen again!
Hentikan !
..dan Laporkan ! !
Rabu, 1 Disember 2010
Langgan:
Catatan (Atom)