Rabu, 24 November 2010

Sepanjang Hari Konvokesyen Anak Dara Saya~

Dicatat oleh nurulazham di 8:25 PTG
Ahaks! Cerita yang agak dah basi sikit...tapi belum lah basi sangat kot.. Tajuk entry yang tak tahan tu.. 'Konvokesyen'.. macam dah ada anak dara umor 23 tahun pulak kan..



Fifi dengan rasminya telah menamatkan persekolahannya di Tabika Perpaduan pada 19hb November. Tapi hari konvokesyen ni dibuat pada 7 November.. Yelah, kan..jap lagi kalau buat lambat lambat, ada pulak budak budak yang dah malas nak join program program sekolah ni...nilah budak yang konvo aritu...



Alhamdulilah, Fifi ni daripada budak yang tak reti pegang pensil, dah boleh menulis dengan kemas.. Iye, betul..dia tak reti pegang pensil..setakat pegang pegang macam biasa, bolehla...tapi, kalau disuruh menulis walhal menyambungkan titik titik huruf, dia tak kan buat punya..sebab ibu dia yang suruh..tapi, kalau bab bab cikgu yang suruh, fuhhh...laju kemain..bertuah sungguh anak dara saya sorang ni...


Kalau bercakap dengan dia pulak, kena sediakan dengan bukti yang kukuh..contohnya macam ' cikgu cakap dengan ibu macam ni..macam tu...' haa...barulah dia nak buat...camno tuh??
 

Majlis bermula seawal 8 pagi..hah..amik ko..bangun awal semuanya..yang kebiasaannya bangun sekitar jam 10 pagi, hari tu terpaksa lah mereka bangun jam 7 pagi...tapi yang bestnya mereka ni, kalau sebelum tidur tu dah pesan siap siap yang esok pagi nya akan ke sana ke sinun, mereka akan bangun tanpa merengek rengek pun..kalau tak pesan dari malamnya tu, ha...siap....dengar 'radio rosak' lah jawabnya....
Mujurlah kat rumah Kg. Istana ada tikar, kami memang bentang tikar kat luar dewan tu je..disebabkan keadaan dewan yang amatlah penuh sepenuh penuh umat! Jom breakfast..~
* Saya dan 3 anak dara + Cik Ika (adik bongsu saya)
* Sara tengah belajar nak buat PEACE


Untuk Majlis Konvokesyen tu, sekolah Fifi buat persembahan Choral Speaking..boleh tahan jugak la speaking..hehe...dua minggu punya latihan, boleh jadi best mcm ni...layankan ajelah ye...Fifi buat persembahan awal pagi, so, pakai baju persembahan siap siap dari rumah, habis persembahan, terus salin baju sekolah pulak..



Lepas buat persembahan, dah salin baju sekolah, ambil sijil pulak...menyempat jugak tu bermanja manja dengan ayah...anak ayah ni...sebab ibu dia garang! hahah...





Dah siap makan makan, minum minum, bersedia untuk beratur dan naik pentas ambil sijil...






Tabah betul cikgu tabika ni dengan pelbagai karenah anak anak murid cilik..sekitar suasana kat sana memang haru biru rasanya..dengan jerit pekik kanak kanak, ibu ibu, cikgu cikgu...haih...macam macam hal..bukan senang woo nak control budak budak ni..karang dibuatnya 'missing in action'..sape nak menjawab tu....


Lepas ambil sijil, sebelum buka jubah, sempat juga snap sekeping dua pic..pic ambil sijil kat dewan ada dalam handphone En. Hubby..




0 ulasan on "Sepanjang Hari Konvokesyen Anak Dara Saya~"

 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez