Rabu, 31 Mac 2010

CCTV Kemalangan di Stesen Minyak~ 29 Mac lalu

Dicatat oleh nurulazham di 9:12 PTG



KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.

"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya.”

"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

*Difahamkan pemandu Getz tersebut adalah seorang perempuan, 23 tahun dan memandu dalam keadaan mabuk....

*Perasan tak ada seseorang keluar dari tempat duduk sebelah pemandu??
can u imagine if itu adalah isteri beliau??

*air mata saya mengalir...difahamkan juga lelaki tersebut adalah melayu, cedera parah(meninggal dunia), manakala anaknya patah tangan....

Al-Fatihah ke atas roh beliau....

Sumber dari : Carigold

7 ulasan on "CCTV Kemalangan di Stesen Minyak~ 29 Mac lalu"

sayaidaydotcom on 31 Mac 2010 pada 9:37 PTG berkata...

laju gila keta tu..
sedey..kesian isteri n ank mangsa..
al-fatihah

nurulazham on 31 Mac 2010 pada 9:39 PTG berkata...

memang dasar.....la pompuan yg langgar tu!!!

whiteCempaka on 31 Mac 2010 pada 11:07 PTG berkata...

ehrmmm...
tak dapat nak bygkan perasaan isteri dan ank mangsa..

Al-Fatihah..

MUMMYAR on 1 April 2010 pada 12:04 PG berkata...

aduh,,sedeh nya...mmg kemalangan blh berlaku dimana2...tp kadang2 ianya terjadi kerana org2 yg x brtanggungjwb mcm tu la....menyusahkan org lain...dia sendiri xde pape...cedera ringan je...org lain yg terima padah...alahai ter-emo la plk kejap...geram2...nangis i tengok...

nurulazham on 1 April 2010 pada 7:24 PG berkata...

cempaka&mummyar..
saya x sanggup nak tgk 2 kali..
tgk sekali je dah menyayat hati..
isk..x dapat bayangkanlah kalau terjadi kat family kita...

ada 2 pengajaran di sini..
1.kerana kecuaian org lain, org lain yg menjadi mangsa..
2.ajal maut ada di mana2..

Unknown on 1 April 2010 pada 8:54 PG berkata...

untuk makluman penulis... lelaki yang dilanggar dan meninggal itu adalah bekas pekerja ditempat saya sekarang. beliau saya tak pernah jumpa tapi staff lama memang sedih bila terima berita ini...

nurulazham on 1 April 2010 pada 9:58 PG berkata...

Mr.rizal..
memang sedih bila ajalnya sampai dengan begitu rupa...
semoga family beliau tabah dengan dugaan sebesar ini...

 

Nurul Azham's Family Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez